Monday, 16 May 2016

Episode 7 - My UPU result

Assalamualaikum !
Hari ni 16 may
jadi dalam pukul 12.00 tengahhari tadi aku amat excited untuk check upu result aku .
dan aku dapat ............................
Aku dapat diploma kejuruteraan awam di uitm
memang aku kecewa sebab aku nak sangat sambung MLT
tapi apakah daya , tak dapat
Aku kecewa tapi aku tetap bersyukur kerana diberi peluang ke uitm
tapi aku ingat semuanya bakal berjaya
aku pergi la kke portal uitm untuk tengok aku ditempatkan kat mana
tengok tengok aku dapat kampus pasir gudang , johor
JAUH wey .
Aku fikirkan mak dengan abah aku
taraf hidup dekat johor tinggi . dan aku ditempatkan ditempat yang amat jauh .
jadi aku terpaksa tolak tawaran ni !
sedih kan
Mak dan abah aku tak kisah , depa cakap pi la nak pikat mana .
Tapi , aku tau disudut hati depa , depa tak suka aku pi jauh jauh .
jadi aku fikirkan kebahagiaan mak abah aku . dan kesukaran aku kena hadapi kalau aku pi sana .
sebab kat sana satu family aku tak tinggal kat sana .
What if jadi apa apa kat aku ?
aku ni dah la selalu homesick .
dulu dok asrama sekolah pun macam tu jugak
Jadi setelah fikir masak masak aku amik keputusan , setelah disokong 100% oleh mak menakan aku
Aku akan melanjutkan pelajaran ke KOLEJ MATRIKULASI KEDAH .
Doakan aku guys

btw , kawan aku pun dapat dip. kej. awam gak
tapi dia dapat dekat bukit mertajam .
aku sangat dengki dan jealous hehehe

okay la ,
Assalamualaikum dan Bye hehe

Wednesday, 11 May 2016

Episode 6 - 16 MAY 2016 !

Assalamualaikum ,

Baru baru ni aku tengok kat website UPU dan akhirnya penantian aku akan berakhir .
Alhamdulilah .
Tapi debarnya tetap ada . kalau aku dapat straight A tak pa gak .
Ni cukup cukup makan ja .
Emmmm

hat dapat 8-9 A pon belum tentu dapat . ni aku yang cuma dapat 4 A ja pon .
Dih dih
Tapi aku tetap harap aku dapat
even aku dapat matrikulasi
Aku bukan apa aku cuma risau ja aku tak leh tahan kat sana
dalam budak kelas aku sorang je yang dapat g matrik .
yang lain semua nak sambung form6
aku tolak form 6 sebab aku nak sambung sains lagi tapi aku takut aku kantoi ja
cikgu aku pun tukar course , dari sains dia amik kemanusiaan

So aku harap aku dapat my first choice
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
aku nak sngat amik MLT !

ok ok  bye
Assalamualaikum

Sunday, 1 May 2016

Episode 5 - Boring !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

sekarang dah pukul 4.10 . and aku still tak boleh lelap mata .
Well salah satu sebab aku sangat nervous sebab dah masuk bulan 5 .
So , its mean dah tak lama dah result UPU nak keluar .
memang aku harap sangat nak sambung buat diploma sebab aku ni pelajar yang amat
perlukan masa untuk faham satu benda tu .
Tapi kalau tak dapat aku tak kisah pon masuk matrik .
As long aku tak lagi berkawan dengan kawan yang nakal .
(aku ada memori berkawan dengan geng 'Useless')

Aku ni jenis mudah terpengaruh , sebab tu aku terpaksa keluar asrama lepas je aku tengok result PMR aku yang tidak memuaskan langsung.
aku duduk asrama masa form 1 sampai form 3 je .
Lepas tu aku duduk kat rumah .

Aku tak salahkan geng tu tapi tu semua salah aku .
Sebab tu la kita kena pandai jaga diri sendiri .
Tak salah berkawan dengan orang macam tu .
Its my fault after all hahaahah

Tak lama dah aku akan pergi jauh dari rumah . emm bye rumah , bye katil , bye k-drama
Hahahah .
tapi memang aku nak cepat cepat sambung belajar pon sebab aku rasa otak aku dah bengong sebab dah lama tak guna .
Yelah , asyik menghobiskan beras je hehehe
Tapi memang aku amat amat boring duduk kat rumah .

Anyways, sapa dapat kolej matrikulasi kedah ? come and join me hehehe !
Tu pun kalau aku tak dapat UPU .

Ok la , Cukup la sampai sini .

Assalamualaikum !